Thursday 22 August 2013

Berkereta sana sini

Nikmatnya alam ini. Kita masih bebas berkereta sana sini. Bagi yang kaya raya, boleh sahaja terbang ke sana ke mari. Bagi yang susah, hanya melihat, bersabar dan menanti saatnya tiba. Tidak di dunia, insyaAllah di akhirat. 

Sepasang kaki anugerah Allah cukup berharga dan bermakna untuk tidak ditukar galang gantinya dengan sepasang tayar apa sahaja kenderaan. Miskin atau kaya, kenderaan ke alam barzakh adalah sama. Hanya keranda menanti. Destinasi yang sama, laluan berbeza.     

Rezeki Allah sama dinikmati. Seluruh anggota badan kita juruskan untuk amal kebaikan. Tolong-menolong menjadi amalan. Allah jadikan kita pelbagai rupa dan bangsa dengan tujuan.
 
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha Mengetahui perkara-perkara yang berkait dengan kamu.” 
Semoga kita menjadi hambaNya yang beriman... 

3 comments:

  1. betul tu akak, family saya pun pakai kereta saga lama, dulu rasa cemburu jugak tgok org lain pakai kereta mewah, tp bila fikir balik. dah tu yg termampu kan. nanti dah meninggal dunia, kita semua pakai kenderaan yg sama untuk balik kepada pencipta kita :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...