Sunday 4 August 2013

Kontrak oh kontrak

Jawatan ke-4 hadir jua. Setelah 3 jawatan sebelum ini hanya bertaraf kontrak, begitulah halnya buat kali ini. Apa pun, rezeki tetap melimpah ruah. Jawatan baru sebagai Pensyarah Biologi memberi seribu makna. Sangat bermakna dalam hidup saya. Akhirnya saya dapat berkongsi ilmu yang didalami ketika di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Setelah mengajar berbagai subjek yang bermacam, di sekolah menengah dan juga sekolah rendah. Akhirnya, kini beralih angin dan arah tuju ke Kolej Swasta pula. Dapat pula mengajar subjek Biologi bagi program pra-diploma dan diploma Sains. 

Sekali lagi, keseronokkan berganda kerana dapat mendidik penuntut kolej dengan subjek yang kita kuasai. Diploma Sains semester akhir menuntut saya mengajar sebahagian topik berkaitan genetik. Subjek pengkhususan saya pada Tahun Akhir ketika di universiti. Girang sungguh rasa di hati. Lupa seketika, status saya hanyalah Pensyarah Kontrak. Biarlah...Apa ada pada status, yang penting, pena sudah ditangan. Anak-anak didik sudah di hadapan. Mereka menaruh harapan. Harapan setinggi gunung. Untuk belajar, berjaya dan bekerja. Pastinya itu impian murni mereka. Kolej telah memberi kepercayaan. Saya mesti lakukan.

Kehidupan saya sehari-hari tertumpu dengan kerja-kerja syarahan. Menyediakan nota-nota tidak kira di pejabat atau di rumah. Berjaga hingga ke dinihari, hanyut dengan alam sendiri. Banyak kerja menanti. Kandungan semakin sarat. Kerja-kerja tidak boleh bertangguh. Mesti diselesaikan sebelum tiba hari. Hari yang dinanti-nanti, kelahiran anak KYT. 3 anak 3 lokasi. Semuanya cuti bersalin tidak bergaji. Lantaran kontrak tak henti-henti. Namun, ku bersyukur padaMu Illahi, yang sentiasa memberi rezeki, tidak pernah berhenti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...