Monday 5 August 2013

Seronoknya di KYT

Seronok. Semua tempat yang pernah saya bekerja amat menyeronokkan. Kini, semuanya telah berubah nama. Namun KYT terus hilang, tinggal lagi hanya dalam memori. Tetap di hati. 

UPMT berubah menjadi UMT. KOSPINT bertukar menjadi IMTIAZ K.Terengganu. Hanya SK Maras masih bertahan dengan namanya. Maktab Perguruan Kuala Terengganu juga turut mengikut aliran zaman menjadi IPGM Kampus Dato' Razali Ismail. Hanya KYT kekal KYT. Tapi sayang, bukan lagi berpijak di bumi. Di hati.  

KYT bertukar taraf menjadi universiti. Dari kolej swasta yang menjalankan program UiTM sepenuhnya menjadi UiTM Kuala Terengganu. Walaupun berbeza nama, orangnya masih tetap sama. Cuma, berlaku sedikit kehilangan dan pertambahan. Saya juga telah hilang. Hilang dari KYT. Hilang dari UiTM. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya masih diberi ruang untuk masih berada di atas muka bumi ini. Bilakah saya akan hilang dari alam sementara ini, hanya Allah Yang Mengetahui. Pastinya ia tetap akan berlaku. Kebarangkaliannya adalah 1. Semua orang juga akan turut melaluinya. Hanya siapa mendahului, siapa pula menyusul selepas itu. Perpindahan yang kekal. Kita akan berkampung bersama di alam baru. Semoga tempatnya indah dan menyeronokkan. Sama-sama kita berdoa, usah lalai.


" Wahai Tuhan kami, anugerahkan kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat serta lindungi kami daripada azab api neraka." 
(al-Baqarah-201)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...