Sunday 11 August 2013

Ramai yang membantu

Jika diimbau kembali kisah perjalanan hidup ini, setiap yang berlaku datang beserta pakej. Ada susah ada senangnya. Ibarat setiap racun ada penawarnya. Begitu juga setiap penyakit ada ubatnya.  

Alhamdulillah, sepanjang saya tinggal di Batu Buruk, sebarang kerosakan di dalam rumah bukan menjadi masalah yang menyukarkan. Buat sahaja laporan dan tunggu sehingga kerja-kerja pembaikian dijalankan. Tiada kos dan tiada masa yang perlu diperuntukkan untuk mencari sendiri mereka yang pakar. Lainlah kalau kereta yang rosak, pandai-pandailah bertanya pada yang lebih arif.  

Setelah lebih kurang setahun tinggal di Batu Buruk, saya berpindah lagi. Bukan kerana saya berpindah tempat kerja. Bukan juga suami yang bertukar. Suami masih kekal di Kemaman, saya masih di KYT. Rumah yang dibeli telah siap sepenuhnya. Destinasi kami yang seterusnya ke Taman KPAT (Koperasi Pegawai Agama Terengganu). Kali pertama masuk ke rumah sendiri, syukur terasa.  

Berpindah dari rumah besar ke rumah yang jauh lebih kecil. Sekecil-kecil rumah sendiri lebih terasa nikmatnya berbanding besarnya rumah tapi milik orang. Rumah ke 5, rumah sendiri dengan harapan perpindahan terakhir. Bibik pun sudah bertukar. Bibik ke 2, masih lagi orang seberang. Pembantu rumah yang banyak membantu segala urusan pembungkusan barang-barang

Kalau dulu, semuanya saya terpaksa buat sendiri. Kali itu, sudah ada yang membantu. Seribu rahmat. Sekali lagi, bibik baru, rumah pun baru. Moga anak-anak terus gembira. Jiran baru, rakan baru. Jiran yang banyak membantu. Bukan sahaja sebagai rakan setaman, tapi seperti saudara juga. Nasihat dan buah tangan sentiasa berhulur. Salam bersapa berbalas senyum. Indahnya hidup ini...

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    selamat hari raya buat akaks ekeluarga, ampun maaf dipinta andai ada melukakan hati & perasaan akak sepanjang tempoh perkenalan kita ini

    ReplyDelete
  2. Sama lah kita. Selamat har i raya dan terima kasih kembali wahai cikguku yang baik hati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...