About Me

My photo

Ibu kepada 4 putera dan 2 puteri, cahayamata bersama-sama Ustaz Norawi Endut. Kini kami menetap di Besut. Pernah bertugas sebagai Pensyarah UiTM Kuala Terengganu manakala suami pernah bertugas di Putrajaya. Sekian lama tinggal berjauhan, saya nekad meninggalkan halaman di Kuala Terengganu untuk mengikut suami yang bertukar ke sini. Dunia baru sebagai suri rumah sepenuh masa di sebuah daerah baru...
Blog  :  http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/ 
Emel :  nolizawatimohdsaad@gmail.com,
FB     :  https://www.facebook.com/notie.saad           
https://www.facebook.com/nolizawati.mohdsaad

Google+ Followers

Tuesday, 2 July 2013

Salam seluruh dunia, pasti hati kan berbunga...hari pertama ke tempat kerja.....


Assalamualaikum wbt. Salam seluruh dunia buat semua. Ini kisah saya dan keluarga. Kisah cari kerja, dapat kerja dan berhenti kerja.

Saat manis masih terpahat indah dalam memori, bila kali pertama mendapat surat tawaran kerja. Pastinya, senyum terukir di hati dan seluruh keluarga pun suka hati. Dapat kerja, dapat gaji....


Sebaik sahaja meninggalkan alam universiti, masa untuk majlis konvokesyen pun lambat lagi, tetapi kerja sudah menanti. Bukankah itu rezeki, nikmat Ilahi...


Namun, jasa seorang  teman baik tidak akan saya lupa. Beliau sama-sama keluar Universiti Malaya dengan saya walaupun kami berbeza fakulti. Kini beliau telah bergelar Professor Madya, merupakan seorang ibu kerjaya yang berjaya. Dr. Sue menjadi asbab perkenalan saya dengan seorang pensyarah yang dikenalinya, dan di situlah bermulanya versi baru dalam hidup saya sebagai kakitangan universiti.  

Dengan niat berjumpa sekadar untuk menyambung 'master', Prof. Dr Anuar bersetuju menerima saya sebagai pelajar di bawah penyeliaanya. Syaratnya, saya mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan apabila transkrip peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda (Hons) Genetik dikeluarkan kelak. 

Bukan  itu sahaja, jawatan RA ditawarkan kepada saya. UPMT menjadi tempat pertama untuk saya bekerja secara rasmi sebagai graduan universiti. Kini UPMT telah berubah menjadi UMT. Alhamdulillah, kerja-kerja 'RA' @ research assistant / pembantu penyelidik sesuai dengan jiwa saya. 

Setelah lebih 10 tahun di alam kerjaya, kini saya sudah bergelar surirumahtangga sepenuh masa. Rasa seronok berbunga di hati. Dulu saya asyik bertukar tempat kerja, mengajar sana sini.  Walaupun saya sendiri cikgu sekolah, namun saya tidak  sempat untuk mengajar anak sendiri.  Paling akhir sekali, saya mengajar biologi di sebuah universiti di dalam daerah Kuala Terengganu sebagai Pensyarah Muda. Uitm dihatiku.
   
Sekarang saya bukan sahaja cikgu serba serbi yang mengajar anak sendiri, tapi saya juga bertindak menjadi pemandu pelancong setiap hari. Sayalah juga segala tukang di dalam rumah. Tukang masak, tukang sapu, tukang cuci, malah tukang urut anak-anak yang dikasihi. Hati kami berbunga-bunga dan sangat tenang rasanya. Namun, letih dan lelah tetap ada. Alhamdulillah, bahagia...

Semoga kita semua gembira walau di mana saja. 
Walau apa yang dilakukan.
Yang penting, ikhlas...
Salam ceria...

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak...alhmdlh..satu tindakan yg baik.. keluarga bahagia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam..Alhamdulillah. Terima kasih. semoga pijut juga terus berbahagia bersama keluarga. Seronok mendengar kisah kembar. Semoga sihat dan selamat semuanya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...