Wednesday 7 August 2013

Rakan berbudi

Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis kenalah tanya diri sendiri. Saya mengenali ramai rakan berbudi. Bermula di UPMT, saya terhutang budi kepada Dr. Sue sebagai rakan yang sama-sama ingin berkecimpung di alam universiti. Menjadi pensyarah menjadi visi. Kemudian, beralih ke KOSPINT, Cikgu Marhaini sentiasa menabur budi. Menjadi peneman sejati pagi dan tengahari, kereta miliknya sama-sama dinaiki. Ketika di SK Maras, tidak kurang yang memberi. Ilmu dan bahan mengajar tidak lokek dikongsi. Cikgu Patimah, HEM ketika itu juga banyak memberi motivasi. 

Akhir sekali khidmat saya di UiTM merangkap bekas KYT. Begitu ramai rakan di kesemua tempat saya bertugas sungguh murni berbudi. Tidak tersebut kesemua namanya di sini. Rakan KYT dan rakan UiTM tidak banyak berbeza. Kebanyakkanmereka orang yang sama. Namun, sesuai dengan namanya universiti, semakin ramai yang datang mengikut keperluan universiti. 

Ada kisah mengembirakan hati. Anak murid menjadi rakan sekerja. Dulu saya cikgu Kimia, kini bekas anak murid telah pun menjadi lulusan universiti. Pensyarah Kimia, rakan kerja seuniversiti. Semoga Wan akan terus menabur budi. Sesuai dengan ijazah yang lebih tinggi, Wan mendahului cikgu sendiri. Moga pahala tidak terhenti, anak murid pula menyambung bakti.       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...