Ketika si
bongsu menginjak 1 1/2 tahun kami mula mendiami rumah sendiri. Setelah usianya
4 tahun, kehadiran adik baru pula menambah seri.
Anak ke 4 seorang puteri.
Sepasang putera dan sepasang puteri
menambahkan makna hidup kami. Auliya membesar dengan bibik ke 3 dan terakhir
dalam kisah hidup anak-anak kami. Ketika usia Auliya 3 tahun, kami berpindah ke
Besut. Buat sementara, perjalanan hidup kami terhenti di sini. Ke mana arahnya
selepas ini hanya Allah Yang Mengetahui.
Keseronokkan mendiami bumi Besut ini tidak
melupakan bait kenangan ketika di Taman KPAT. Saat indah semasa mendiami rumah
sendiri. Jiran-jiran yang baik hati serta rakan-rakan anak-anak
tetap melekap di hati. Walau hanya setahun sekali kami bertandang menjenguk
ketika Aidilfitri, hubungan kami tetap
erat.
Jiran sebelah rumah, jiran
terhampir jarak dan silaturrahim, juga sama seperti kami telah berhijrah nun
jauh di utara tanahair. Kami menyusul meninggalkan kediaman tidak lama selepas mereka berpindah.
Rumah mereka dan rumah kami sama-sama disewakan. Bilakah masa kami berjiran
kembali, hanya waktu yang dinanti.
Terima kasih Cik Dah sekeluarga kerana pernah menjadi jiran yang
menggembirakan kami.
No comments:
Post a Comment