Sedar tidak sedar, sudah 2 minggu rupanya saya menumpang berpantang di
rumah ayah ibu. Kelahiran Amin mengembirakan kami. Akhirnya, Laila datang menjenguk kembali. Syukur rasa dihati. Terjawab persoalan
insan sekeliling selama ini. Setelah sebulan di
bumi sendiri, kedatangannya sangat dinanti-nanti. Ringanlah sedikit
kerja-kerja rumah yang perlu saya
langsaikan buat pertama kali cuba berpantang di rumah sendiri.
Sebelum
ini, saya diminta oleh ibu berpantang di rumah kelahiran sendiri. Ibu
seolah-olah tidak percaya untuk melepaskan saya berdikari menjaga diri
dan bayi sendiri. Saya culas katanya. Malas makan ubat sedari kecil dan
tidak mengenal pantang dan larang, "Degil!", ulas bonda lagi.
Berpantang
di
rumah ibu, pergerakan saya sedikit terhad. Tempoh 40 hari sebelum ini terasa seperti
berbulan-bulan. Saya kepuasan dan terasa ingin terbang. Namun jasa dan
kasih seorang ibu bukan sekerat jalan. Tidak hanya setakat anaknya,
tetapi jauh dari itu, cucunya mendapat layanan yang sama. Bahkan lebih
lagi. Kasihnya tidak perlu diragui. Sayangnya sejati dari hati. Terima
kasih Tokma.
Juga, terima kasih Tokki. Kalian menabur budi, kami terhutang budi...
No comments:
Post a Comment