Friday 5 July 2013

Cabaran berhenti

Kalau ditanya apakah cabaran pertama untuk berhenti kerja. Pasti jelas sekali jawapan saya, tidak sampai hati mengenangkan jasa ibu ayah yang menaruh harapan tinggi. Tinggi-tinggi si matahari, tinggi lagi hasrat di hati ayah dan ibu yang pastinya ingin melihat anaknya berjaya di alam kerjaya. 

'Ya Allah. Sekali  lagi aku memohon, kurniakanlah syurga buat mereka.' Tidak terbalas jasa mereka. Walaupun aku bekerja berjuta tahun, kuhadiahkan seiisi bumi, tidak mampu ku balas jasa kedua ibu bapa ku. Cukuplah hadiah terindah buat mu ayah ibu, anakmu bahagia kini...
 
Namun sesalku masih berbaki, masih ku simpan harapan untuk memberikan hadiah terbesar di dunia ini buatmu cik & bak yang membesarkan anak ini. Semoga Allah permudahkan urusan ini, pastinya ku terus berusaha tanpa henti, InsyaAllah. Dari tadika selama 3 tahun, cik menunggu ku yang beronar. 6 tahun di sekolah rendah ku bergelar pelajar terbaik setiap tahun, no 1 milikku. Hingga akhirnya anakmu berjaya ke sekolah berasrama penuh. Walaupun anakmu ini menolak untuk ke Sekolah Sains, (SESMA) kerana inginkan ke sekolah agama, (SHAMS) bersama kawan-kawan, namun keputusan ayah itu lah yang terbaik. Hingga akhirnya sekali lagi ku julang status pelajar terbaik. Kini, pelajar kebanggaan cik&bak, yang paling banyak menghabiskan wang ringgit bak&cik, hanya berada di ceruk dapur....Maafkan...

Ya. Itulah cabaran seorang anak. Kalaulah cik dan bak tahu, semenjak di universiti lagi hati kecilku menyimpan keinginan untuk berada di rumah membesarkan anak-anak sendiri suatu hari nanti, pasti luluh hati mereka. Kami bukan orang kaya. Kami tidak ada harta berjuta. Manakan mungkin bercita-cita besar hanya ingin menggoyang kaki di rumah sahaja. Saya perlu bekerja untuk membantu keluarga. Saya anak sulong, cucu sulong, cicit sulong yang penuh dengan harapan semua orang. Kami orang kampung. Bekerjalah...Kayalah...Bantulah semua. 


Namun saya tidak pernah kaya setelah bekerja. Senang sangat pun tidak juga. Alhamdulillah, sekadar bermewah ala kadar. Membantu bagi yang perlu. Bila seorang rakan kerja berstatus junior, Nurul Hikmah bertanya kenapa saya beria benar hendak berhenti kerja, ringkas jawapan saya,"Kerja pun tak kaya-kaya juga...", sambil ketawa bergurau...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...