Friday 10 July 2020

Dunia Sementara

Tiada yang kekal!

Semua hanya sementara
Hanya Allah Yang Kekal Abadi
Dunia akan musnah jua akhirnya
Penghujungnya hanya Syurga & Neraka

Biarlah dunia sementara ini
Menjadi syurga yang didahulukan

Sungguh!
Dunia ini hanyalah medan ujian
Hanya yang lulus akan ke syurga sana

Jalannya penuh liku
Bukan hamparan permaidani merah
Bahkan digambarkan penuh duri!
Terus berdoa

Doa itu percuma
Tiada bayarannya
Tiada kuotanya

Diriwayatkan Ahmad, Nasai, dan Turmudzi. Dari Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda,



Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: 'Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.' Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: 'Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.'

Semoga jalan yang sedang direntas ini bukan jalan yang sia-sia

Walau di mana kita
Walau ke mana kita
Matlamatnya sama
Gapai redha Ilahi!





Tuesday 9 June 2020

Tetap Atas Jalan-Nya

Jalan penuh liku
Banyak simpang siur
Hanya satu jalan lurus
Semoga Allah tetapkan jalan-Nya untuk kita








Tetap pendirian
Tetap hati & perasaan


Terkadang, 
perasaan kita sukar digambarkan

Ada macam-macam rasa

Walau apa rasa yang melanda, 

Moga kita tetap ingat pada-Nya
Terus mencari-Nya


Tiap hari tiap tika
Tidak pernah lupa
Doa tetap ada
Amalan dijaga
Mujahadah sentiasa

Mulakan langkah baru setiap hari. Setiap nafas dihela dengan penuh syukur. Cukup dengan rezeki yang Allah beri
Nikmat Allah seluas bumi...




Setiap hari
Bersemangat untuk terus berubah
Ke arah yang lebih baik

Kami bergerak dari tempat yang baik
Datang ke tempat yang baik juga
Semoga perjalanan ini terus baik-baik sahaja

Di Besut, kami bahagia dengan alam semulajadi yang cantik


Bumi hijau yang mendamaikan


Tasik indah di kaki Bukit Keluang



Sungguh! Kami tetap rindu...




Di sini juga, bumi Bangi masih mendamaikan
Walaupun di kota, kami masih rasakan suasana ala kampung
Pokok nan hijau menaungi bumi
Kokok ayam dan kicau burung masih kedengaran



Walau bunyi enjin kenderaan tetap kedengaran lalu lalang
Namun, masih tetap ada saat yang menenangkan
Adat hidup di pinggir jalan, bukan sekadar jalan biasa-biasa
Tetapi sebuah lebuhraya
Lebuhraya Utara Selatan...




Begitulah
Sebuah perjalanan kehidupan...

Sampai masanya ke penghujung jalan jua
Senja akan melabuhkan tirainya
Menantikan mentari yang terus menyinar esoknya...

Hingga satu waktu
Yang mentari sudah tiada lagi di situ...





Monday 8 June 2020

Akhir Yang Baik

Yang mula tetap berakhir

Akhir sebuah perjalanan
Akhir sebuah pertemuan
Akhir sebuah kehidupan
Akhir segala-galanya

Kita telah dilahirkan secara baik ke dunia ini



Biarlah kematian kita juga secara baik




Doa setiap hari mengiringi kehidupan berbaki yang kian pendek dan berkurang

Jangan pernah putus asa dalam berdoa. Walau dosa kita setinggi gunung. pintu taubat tidak pernah tertutup selagi nyawa belum tiba di hujung kerongkong!

Memang kita tidak layak untuk syurga Allah yang terlalu mahal nilainya. Kita insan pendosa yang tidak pernah lari daripada membuat silap dan salah. Namun, limpahan kasih sayang Allah memberi kita ruang berdoa tanpa had...

Bahkan!
Jika kita kerjakan solat sunat Fajar, Allah telah janjikan yang lebih baik daripada dunia dan seisinya...
Mahu apa lagi...

Berdoalah kita tanpa putus asa. Kena yakin dan mengharap. Kena ingat satu perkara, Allah boleh buat apa SAHAJA tanpa MUSTAHIL!

Menolehlah kepada sirah di dalam surah-surah Al-Quran...

Bagaimana doanya Nabi Zakaria dalam rendah diri, di luar batasan kemampuan seorang hamba. Tapi Allah takdirkan tanpa mustahil itu dengan sifat-Nya Kun Fayakun...



Yang diminta zuriat. Tetapi Allah kurniakan lebih dari itu, pakej dengan nama. 



Anak baginda, Yahya dinamakan oleh Allah SWT. Allahu Akbar! Akhirnya mewarisi medan dakwah baginda sebagai Nabi juga. 

Begitulah seorang Nabi bernama Yahya Bin Zakaria...



Berdoalah kita

Untuk menjadi hamba Allah yang baik




Kehidupan kita di dunia ini adalah sebuah perjuangan.
Perjuangam unuk terus melalukan kebaikan. Walapun terkadang kita rebah dek ujian dan musibah, tapi kita harus gagah untuk terus melangkah!

Kami sebenarnya hanya hinggap sebentar sahaja di bumi Bangi. Kami juga akan tinggalkan bumi Bangi sebagaimana kami sudah tinggalkan bumi Besut. 




Sebelum kami tinggalkan dunia ini, kami terus berhijrah selagi diarah. Jika itu yang Allah tetapkan terbaik untuk dunia akhirat kami, semestinya kami perlu redha dan pasrah.



Melihat dan mencari yang indah-indah di atas muka bumi Allah. Semoga kelak yang indah juga menanti di sana...

Semoga kita terus beroleh kebaikan di dalam setiap hari yang dilalui sehingga ke hari akhir kehidupan kita samada di dunia atau di akhirat sana...

Aamin, insya-Allah...









Saturday 6 June 2020

SALAM

Salam bersapa
Bila bersua wajah
Kenalan baru
Tempat baru
Itu biasa!

Namun yang terindah

Salam di syurga...

Salaaman salaamaa
Hanya di syurga!

Sejauh mana kita kembara
Banyak mana tempat yang kita singgah
Biarlah terminal hidup kita di syurga...

Mereka bergerak
Kami bergerak
Kita semua bergerak
Merata tempat kita jelajah
Semua tempat hanyalah persinggahan sementara

Persinggahan dunia menuju akhirat...

Biarlah akhirat itu Syurga
Tempat selamat dan rezeki yang tidak putus-putus

Aamiin, insya-Allah




Satu ketika dulu
Blog ini bertajuk Besut Kami Datang
Hampir 10 tahun kembara kami terhenti di sana
Kini kami melangkah lagi

From Besut To Bangi

Melangkah dan terus melangkah selagi hayat dikandung badan...



Sekarang kami di sini
Semoga selamatlah sebuah perjalanan kami
Kembara kami tetap menuju arah yang sama
Arah kita semua

Sama-sama kita pohonkan doa keselamatan...



Dengan ini
Bermula entry ini
Blog ini bertukar nama lagi
Kembara kami terhenti seketika di sini...
Salam dari kami...😍









Friday 5 June 2020

Syurga

Mohon Syurga-Nya




Nak syurga kena minta

Minta dari Tuan-Nya
Minta dari Tuhan kita

Minta dari Allah SWT

Yang jadikan kita
Yang jadikan syurga neraka

Minta juga dijauhkan dari neraka

Minta selalu
Setiap lepas solat lima waktu

Amalkan dalam doa setiap kali lepas solat
Semasa salam terakhir juga begitu
Salam ke kanan, pohonkan syurga
Salam ke kiri, pohon dijauhkan neraka

Insya-Allah jadi amalan tetap 😍
Moga Allah kabulkan...







Saturday 30 March 2019

Bila Cinta Menyapa

C I N T A




Mengejanya mudah!
Menyebutnya tak payah...

Namun...
Ada sesuatu yang sukar di situ
Memaknainya dan meletakkan nilainya
Pada yang hak!

Siapa, apa, bila, di mana, bagaimana?

Benarlah...
Cintakan bunga, bunga layu jua
Cintakan makhluk tidak ke mana
Seindah-indah alam
Kitalah pecintanya
Alam akan musnah
Apatah lagi makhluk seisi alam

Makhluk silih berganti
Usahkan manusia lain
Kita juga akan mati
Cintakan diri sendiri
Kubur juga menanti

Cintakan insan lain
Perginya meruntun hati
Hadirnya di sisi mendamaikan jiwa
Namun adakalanya
Yang dicinta, yang disayang 
Itulah panah beracun
Yang membawa hiba

Hati-hati
Meletakkan rasa hati
Cinta sayang milik Allah
Darinya rasa itu datang
Kepadanya kita pulangkan

Kita pinjam
Untuk berkongsi kasih sayang
Pada alam tanpa sempadan
Pada manusia merentas zaman
Namun jangan lupa pada Tuhan...






Wednesday 8 November 2017

Kita Hanya Hamba


Kita hanya hamba yang dijadikan Allah daripada tiada kepada ada.

Kita hanya hamba yang akan ditiadakan semula seketika dan kemudian kekal hingga selamanya.

Gerun andai kekekalan kita itu di alam infiniti yang menyeksakan zahir dan batin.

Biarlah yang kekal itu indah seindahnya, penuh segala nikmat dan kebahagiaan di samping seluruh yang disayang ketika di dunia sementara dahulu.

Kita tidak pernah kenal dan jumpa Nabi Muhammad SAW ketika di dunia. Biarlah di sana nanti, kita dapat saling berjumpa dan saling mengukir senyum. Dapat menzahirkan rasa terima kasih kepada Baginda SAW atas asbab Baginda dan Para Sahabat, kita dapat bersama Baginda dan seluruh muslimin lain di syurga... Insya-Allah, biiznillah...


Kita mesti sedari diri, siapa kita. Hanya salah seorang manusia dari seluruh manusia yang Allah ciptakan dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir dilahirkan ke dunia. Entah siapa, kita tidak pernah tahu dan tidak pernah dikhabarkan. 

Cuma, kita pernah dikhabarkan tentang gegak gempita kiamat, yang mana ibu-ibu yang mengandung terus melahirkan anak yang dikandung tanpa mengira usia kandungan. Kanak-kanak menjadi beruban. Manusia menjadi seperti mabuk. Ketakutan dan kegawatan yang tidak dapat dijangkau akal.

Kisah kekalutan dunia sudah cukup mengerikan bila saat berlakunya sesuatu trajedi. Kisah Tsunami, gempa bumi dan segalanya yang menggoncangkan hati dan perasaan. Apatah lagi kisah yang telah diberi amaran oleh Allah sejak zaman-berzaman. Sedangkan di zaman Nabi Muhammad, beribu tahun dahulu sudah dikira hampir mengikut kiraan Allah, apatah lagi sekarang. Allahu...

Semakin jelas segala tanda-tanda yang dikhabarkan Allah melalui Rasululullah SAW... Hampir benar kita dengan kejadian itu... Semoga Allah selamatkan semua umat Islam walau di mana berada...


Kita perlu Islam. Kita perlu Iman. Kita kena tahu sejarah kita. Asal usul manusia. Manusia asalnya dari syurga. Sepatutnya kembali ke syurga, insya-Allah... Semoga nama kita semua telah didaftarkan di sana. Segalanya sudah dalam pengetahuan dan ketetapan Allah. Kena doa banyak-banyak. 

Doa itu mudah. Di mana-mana sahaja, bila-bila masa. Berdiri doa, duduk pun doa. Baring pun boleh doa. Sambil menunggu mata dipejam, terus doa dan doa...

Satu set doa khusus disusun indah oleh As-syahid Hassan Al-Banna. Cantik andainya menjadi rutin harian. Pagi dan petang. Indah lagi andai boleh dibaca dalam versi penuh (kubro). Edisi ringkas (sughro) juga memadai andai masa terkejar-kejar. Namun, andai tidak sempat membaca, mendengar pun boleh sahaja. Telinga mendengar, bibir bergerak mengikut rentak... Ayat-ayat mudah, lama-lama terhafal tanpa sedar dan  menjadi zikir mudah...



Man jadda wa jada. Semoga Allah pilih kita. Pilih untuk buat perkara baik-baik. Terus baiki amalan dari hari ke sehari. Umpama umur yang meningkat. Dari bayi ke tahap kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Begitulah sebaiknya amalan kita dinaik taraf. Tidak mahu umur yang tua, namun amalan masih ditaraf kanak-kanak. Nauzubillahi minzaaalik...

Biarlah yang berlalu kita jadikan sejarah. Kita terus ukirkan sejarah baru yang lebih baik. Akhirnya dunia ini juga tinggal menjadi sejarah. Yang kekal hanya di sana. Infiniti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...