Wednesday 8 November 2017

Kita Hanya Hamba


Kita hanya hamba yang dijadikan Allah daripada tiada kepada ada.

Kita hanya hamba yang akan ditiadakan semula seketika dan kemudian kekal hingga selamanya.

Gerun andai kekekalan kita itu di alam infiniti yang menyeksakan zahir dan batin.

Biarlah yang kekal itu indah seindahnya, penuh segala nikmat dan kebahagiaan di samping seluruh yang disayang ketika di dunia sementara dahulu.

Kita tidak pernah kenal dan jumpa Nabi Muhammad SAW ketika di dunia. Biarlah di sana nanti, kita dapat saling berjumpa dan saling mengukir senyum. Dapat menzahirkan rasa terima kasih kepada Baginda SAW atas asbab Baginda dan Para Sahabat, kita dapat bersama Baginda dan seluruh muslimin lain di syurga... Insya-Allah, biiznillah...


Kita mesti sedari diri, siapa kita. Hanya salah seorang manusia dari seluruh manusia yang Allah ciptakan dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir dilahirkan ke dunia. Entah siapa, kita tidak pernah tahu dan tidak pernah dikhabarkan. 

Cuma, kita pernah dikhabarkan tentang gegak gempita kiamat, yang mana ibu-ibu yang mengandung terus melahirkan anak yang dikandung tanpa mengira usia kandungan. Kanak-kanak menjadi beruban. Manusia menjadi seperti mabuk. Ketakutan dan kegawatan yang tidak dapat dijangkau akal.

Kisah kekalutan dunia sudah cukup mengerikan bila saat berlakunya sesuatu trajedi. Kisah Tsunami, gempa bumi dan segalanya yang menggoncangkan hati dan perasaan. Apatah lagi kisah yang telah diberi amaran oleh Allah sejak zaman-berzaman. Sedangkan di zaman Nabi Muhammad, beribu tahun dahulu sudah dikira hampir mengikut kiraan Allah, apatah lagi sekarang. Allahu...

Semakin jelas segala tanda-tanda yang dikhabarkan Allah melalui Rasululullah SAW... Hampir benar kita dengan kejadian itu... Semoga Allah selamatkan semua umat Islam walau di mana berada...


Kita perlu Islam. Kita perlu Iman. Kita kena tahu sejarah kita. Asal usul manusia. Manusia asalnya dari syurga. Sepatutnya kembali ke syurga, insya-Allah... Semoga nama kita semua telah didaftarkan di sana. Segalanya sudah dalam pengetahuan dan ketetapan Allah. Kena doa banyak-banyak. 

Doa itu mudah. Di mana-mana sahaja, bila-bila masa. Berdiri doa, duduk pun doa. Baring pun boleh doa. Sambil menunggu mata dipejam, terus doa dan doa...

Satu set doa khusus disusun indah oleh As-syahid Hassan Al-Banna. Cantik andainya menjadi rutin harian. Pagi dan petang. Indah lagi andai boleh dibaca dalam versi penuh (kubro). Edisi ringkas (sughro) juga memadai andai masa terkejar-kejar. Namun, andai tidak sempat membaca, mendengar pun boleh sahaja. Telinga mendengar, bibir bergerak mengikut rentak... Ayat-ayat mudah, lama-lama terhafal tanpa sedar dan  menjadi zikir mudah...



Man jadda wa jada. Semoga Allah pilih kita. Pilih untuk buat perkara baik-baik. Terus baiki amalan dari hari ke sehari. Umpama umur yang meningkat. Dari bayi ke tahap kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Begitulah sebaiknya amalan kita dinaik taraf. Tidak mahu umur yang tua, namun amalan masih ditaraf kanak-kanak. Nauzubillahi minzaaalik...

Biarlah yang berlalu kita jadikan sejarah. Kita terus ukirkan sejarah baru yang lebih baik. Akhirnya dunia ini juga tinggal menjadi sejarah. Yang kekal hanya di sana. Infiniti!

Wednesday 1 November 2017

Gelap Yang Panjang


Hilang cerah, datang gelap
Hilang gelap jadi cerah
Teorinya begitu
Gelap cerah gelap cerah
Itu tandanya berkelip-kelip

Bagaimana dengan hati?
Hati gelap, hati cerah
Hati hitam, hati putih
Atau berkelip-kelip


Alam yang indah ini pun selalu bertukar cerah dan gelap.
Alam yang cerah cantik
Alam yang gelap cantik
Cerah disinari matahari
Gelap dihias bintang
Semuanya diceritakan di dalam Al-Quran...


Dalam gelap ada cahaya
Ada bulan, ada bintang


Dalam Al-Quran ada penegasan tentang GELAP


Banyak perkara boleh berlaku ketika gelap. 
Islam yang lengkap sempurna mengajarkan segala perkara. 
Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. 

Tentang malam, tentang siang. Tentang gelap dan tentang cerah. Adab tidur diajar, adab bangun tidur diajar. 
Surah-surah, doa dan bacaan tertentu disaran baca sebelum lena yang panjang.



Islam bertegas tentang malam. Mulakan malam dengan baik, akhiri malam dengan baik. Maka, bermulalah siang yang baik...






Ungkapan yang sangat mendalam!

Malam sememangnya untuk tidur. Siang untuk bekerja. Namun, ada sahaja insan yang skop kerjanya berlaku pada waktu malam. Ada pengawal keselamatan, pemandu, pekerja syif yang bersengkang mata. Masing-masing ada bahagian dan tugasan masing-masing. Itu tidak dirisaukan. Semoga malam itu berisi pahala.

Yang dikhuatiri adalah malam yang sia-sia. Samada terus berjaga sampai larut malam atau tidur berterusan sampai ke pagi. Rugi!

Islam ajarkan dengan cara yang cantik. Tidur dan bangun pada waktu yang tepat.

Siang pun dibolehkan tidur seketika dengan qailulah. Ada sebab dan caranya... Bukannya tidur setidurnya, Subuh ke mana, Zohor dan Asar pun tidak dihirau. Apatah lagi Dhuha dan Isyra'. 

(Shahih Al-Jami’, 4431).

Islam penuh adab dan peraturan untuk kebaikan ummat. Beruntunglah mereka yang berjaya melaksanakannya...

Dalam Islam juga, musafir disunatkan pada waktu malam, sudah tentu bersebab... Kita sentiasa diberi pilihan yang baik. 

Allah yang jadikan malam dan siang dengan kehendak-Nya. Dia aturkan dengan sebaik-baik kejadian dan sebaik-baik aturan dan peraturan. Beruntunglah insan yang dapat mengikut jadual yang disusun Allah... Kita mohon pada-Nya...





Al-Muzzammil:20 -

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.

Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).

Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).

Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).

Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.

Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...