Peluang
tidaklah datang bergolek. Namun, perkhabaran bahawa terdapat iklan
jawatan kosong oleh suami seorang rakan seolah-olah satu harapan baru buat saya. Kekecewaan lama terpadam.
Pertemuan
dengan rakan lama yang pernah sama-sama mengikuti program Asasi Sains
dan menginap di Kolej Kediaman Kinabalu (Kolej ke 8) Universiti Malaya
telah menjadi titik perubahan. Setelah 4 tahun membawa haluan
masing-masing, Aina yang memegang Ijazah Sains dengan Pendidikan telah
selesa dengan jawatan tetapnya sebagai guru Sains. Suaminya pula merupakan Pensyarah KYT, juga merupakan rakan sepengajian. Masing-masing berjaya dengan kerjaya yang diceburi. Cemerlang.
Hanya saya yang masih
terumbang-ambing, sekejap ke tengah, sekejap ke tepi. Cuma, rezeki saya
tetap ada, tidak pernah menganggur. Namun, tidak pula pernah
sekali-kali berjawatan tetap. Sesekali terasa, seperti muka kontrak
layaknya.
Setelah diberitahu iklan tersebut, saya
segera bertindak. Tarikh tutup hanya tinggal sehari dua sahaja lagi.
Surat permohonan dibuat serta-merta dan diserah ke pejabat tanpa pos. Penantian
demi penantian. Surat panggilan temuduga yang diterima menambahkan
keyakinan saya. Sejalur harapan bersinar. Percaya pada Allah Yang Berkuasa, kita mesti terus berusaha.
Usaha selagi daya. Peluang yang ada jangan disia-sia...
No comments:
Post a Comment