Di saat saya memohon sesuatu jawatan suatu ketika dahulu, pastinya saya menaruh harapan tinggi jawatan tersebut akan menjadi milik saya. Bukan sedikit siri temuduga yang saya hadiri. Betapa semua orang mahukan kerja, mahukan jawatan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Samada bujang mahu berkahwin.
Namun saya tidak menongkah arus. Saya seronok dengan kerja-kerja yang saya lakukan. Saya pernah berkata kepada rakan kerja termasuk juga bekas bos saya, "Kerja yang paling sesuai dengan jiwa saya ialah mengajar." Walaupun tidak dinafikan setiap kerja ada cabaran dan tekanan, namun keseronokan bergaul dengan pelajar mengatasi segalanya.
Diploma Sains UiTM KT Chendering |
Kerja Lapangan Diploma Sains ke Tasik Kenyir |
Saya pernah ditanya oleh Pegawai Tinggi di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri ketika mengangkat sumpah di pejabatnya, "Belajar susah-susah (Sains Genetik) kenapa mahu jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja?". Jawapan saya hanyalah, "Saya minat."
Tingkatan 4 KOSPINT / IMTIAZ KT |
Kedua-dua saya minat, belajar dan bekerja. Tapi, kini akhirnya saya hanya duduk diam di rumah, bukan goyang kaki. Masih belajar dan masih bekerja... bersama suami dan anak-anak.
sayapun macam puan..resign dari keja gomen..nekad..untuk menjadi suru rumahtangga sepenuh masa. Kita tahu bagaimana caranya untuk handle anak2 dengan gaya sendiri..so..apa salahnya kita mencuba..moga2 langkah kita ini lebih diberkati dan sentiasa mendapat pertolongan dariNya.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Hanya yang merasa yang mengetahui. Sekali berhenti, saya harap saya tidak perlu kerja berat-berat lagi. Tak sanggup dah tinggalkan anak-anak. Kerja sampingan dari rumah lebih seronok. Blog ni pun terhasil setelah saya berkenalan secara tidak langsung dengan seorang 'guru' yang ingin sama-sama melihat para suri mempunyai pendapatan sampingan walaupun tidak bekerja di luar. Kerja dari rumah...buat bila free, dapat duit suka hati, boleh kongsi-kongsi....Selamat berbahagia
Delete