Kak
Ton juga cukup percaya Laila akan datang. Mereka sempat berkawan ketika
majikan masing-masing keluar bekerja. Majikan Kak Ton adalah jiran yang baru kami kenali, pemilik unit rumah yang bertentangan di aras yang sama. Encik Megat dan Kak Zie orang yang berhemah tinggi. Kedua-duanya berasal dari Kelantan, merupakan penjawat awam yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Kak Ton merupakan
penduduk tempatan, orang kita yang
datang pagi dan pulangnya petang dengan basikal. Waktu santai sehabis tugas Kak Ton dan Laila
sembang bersama. Saya tidak kisah. Kadang-kadang
saya juga mengirim Kak Ton membeli makanan pagi untuk sarapan. Kebetulan, setiap hari dibelinya bekal di pertengahan
jalan. Juadah berbeza mengikut citarasa Laila dan anak-anak dikongi mereka bersama.
Sekurang-kurangnya Laila kelihatan seronok dengan hidup barunya di sini. Dia juga
mendapat teman berbual, bertukar cerita dan berkongsi masalah. Saya mohon Kak Ton berpesan-pesan untuk kebaikan Laila dan kami bersama. Sebagai orang lama,
pastinya banyak pengalaman hidup dan pekerjaan.
Terima kasih Kak Ton kerana turut percaya dan memberi harapan pada saya...
No comments:
Post a Comment