Mukminah tidak seperti Muhammad. Muhammad mudah dari segi memberi susu. Diminumnya sahaja apa yang disua. Ketika
berpindah ke rumah sewa ke 3, Mukminah berusia 6 bulan. Meninggalkan
Moksu dan taska yang berjasa. Sekali lagi rezeki buat anakanda berdua
apabila jiran baru rupanya seorang pengasuh. Anak-anak asuhannya baru
sahaja berpindah ke tempat lain, menjadikan peluang keemasan untuk saya
meninggalkan Muhammad dan Mukminah kepada seorang ibu yang sangat baik
hati.
Isteri
kepada seorang anggota polis itu menjaga anak kami dengan baik
seperti anak sendiri. Kebetulan anak bongsunya ketika itu, baru
memasuki darjah 1. Anis begitu seronok bermain dengan adik-adik barunya
sebaik
pulang dari sekolah. Abang-abangnya yang lain juga masih bersekolah.
Yang
sulong berada dalam Tingkatan 4 di salah sebuah MRSM. Kini, berkat
didikan tangan sendiri anak-anak Kak Yah semuanya telah berjaya. Hanya
yang bongsu masih di bangku sekolah rendah. Anis sedang menempah
kejayaan dalam SPM di MRSM berhampiran rumah. Yang
sulong pun sudah berjawatan hebat.
Makcik
Yah yang berjasa dalam hidup anak-anak kami. Begitu juga Moksu yang
baik hati. Terima kasih semua, termasuk Cikgu Marhaini...
No comments:
Post a Comment