About Me

My photo

Ibu kepada 4 putera dan 2 puteri, cahayamata bersama-sama Ustaz Norawi Endut. Kini kami menetap di Besut. Pernah bertugas sebagai Pensyarah UiTM Kuala Terengganu manakala suami pernah bertugas di Putrajaya. Sekian lama tinggal berjauhan, saya nekad meninggalkan halaman di Kuala Terengganu untuk mengikut suami yang bertukar ke sini. Dunia baru sebagai suri rumah sepenuh masa di sebuah daerah baru...
Blog  :  http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/ 
Emel :  nolizawatimohdsaad@gmail.com,
FB     :  https://www.facebook.com/notie.saad           
https://www.facebook.com/nolizawati.mohdsaad

Google+ Followers

Thursday, 14 November 2013

Tetamu Teratak Kecil di Pinggir Tasik

Alhamdulillah, setelah sekian lama berhijrah ke sini, tetamu datang bersilih ganti

Dalam tempoh lebih 3 tahun, tetamu yang datang amat menggembirakan kami. 


Selalunya di kalangan adik beradik dan saudara mara. Alangkah gembira bila ibu dan ayah juga berpeluang sama. 

Ahli keluarga yang berkonvoi kenduri kahwin anak saudara di Kelantan turut pernah singgah seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Dungun. Meriahnya masih terasa hingga ke hari ini.


Pasangan 6 anak, Cikgu Khairi (anak saudara suami) dan Ustazah Saba bersama ibu ayah turut singgah berziarah ketika datang menjemput adik yang belajar di Kelantan.

Sememangnya, Besut menjadi laluan utama ke Kelantan atau Utara. Jadi, ada di kalangan rakan yang dalam perjalanan pulang atau pergi Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang sempat singgah bertandang. 

Pasangan rakan SESMA, Rohani Malik dan Saifuddin turut membawa Bonda dan keluarga dari Kelantan mengunjungi kami. Walau pun mereka tinggal jauh di Shah Alam, kesempatan cuti yang ada menemukan kami di sini.  Gembira bukan kepalang anak-anak kecil mereka melihat ada tasik di tepi rumah.

Sahabat JAKIM suami, Ustaz Zaki dan Ustazah Najmiah (pasangan Terengganu yang menetap di Kuala Lumpur) turut sama singgah bertamu bersama Bonda tersayang ke teratak kecil kami. Terasa sejuk hati bila kanak-kanak dan orang tua sentiasa datang mengunjungi kami.  

Sahabat saya, Faizah Yang (UiTM Arau) dan sahabat suami, saudara Mansor (Pulau Pinang) juga sempat singgah seketika dalam perjalanan ke destinasi mereka sekeluarga.

Begitu juga rakan dan saudara mara yang terlibat dengan urusan temuduga anak-anak di  MRSM Ulul Albab. Hanya kira-kira 2 km dari kediaman kami, Ustazah Rubiah Abu Bakar (UiTM K. Trg), Kak Mah (Kuantan) dan Kak Han (Bukit Besi) tidak keberatan datang bertamu. Kak Hasyaniza Yahya (UiTM K. Trg) bersama anakandanya dan rakan-rakan hafizah Imtiaz Besut turut  bertamu ketika perjalanan pulang dari asrama.  

Peserta, urusetia dan penceramah kursus juga sebahagian tetamu kami. Kak Ani (staf Imtiaz K.Trg KOSPINT) yang datang berkursus tidak menyangka bertemu saya di sini, satu kebetulan yang sudah dirancang olehNya... 

Rakan kerja suami, urusetia dari KPM (Kak Bie) dan MOA (Kak Ani) juga antara tetamu yang singgah. Ustaz Din, penceramah kursus turut singgah sejenak bersama keluarga.


Saat manis, rombongan 1 bas dari UiTM Kuala Terengganu yang diiringi oleh Puan Adida Muhammad dan Miss Sarina Mohamad datang menjalankan kerja lapangan Biologi di Tasik ILIM. Semua mereka menjadi tetamu di teratak kecil di pinggir tasik.

Walaupun semua mereka hanya singgah bertamu sebentar cuma, keberkatannya cukup terasa. Kemesraan indah terjalin. 
Hanya adik-beradik saya dan saudara terdekat yang sempat bermalam sehari dua.
Kesempatan yang ada, kami gunakan sepenuhnya. Tempat menarik mesti dikunjungi. Pantai Bukit Keluang menjadi agenda wajib. 

Kalau tidak ke pantai, sungai juga menjadi destinasi pilihan. Sungai yang bersambung ke muara merupakan lubuk bagi pemancing, amat mendamaikan. 

Paling tidak pun, kami membawa anak-anak kecil bermandi kolam di Bukit Keluang Beach Resort di seberang jalan sana. 
 

Saat indah bersama keluarga sungguh terasa....Alhamdulillah.


6 comments:

  1. Cantik tempatnya. Saya belum pernah ke Besut hanya ke K.Terengganu pada waktu bujang dulu.

    ReplyDelete
  2. Cantik permandangan tempatnya.. aman tenteram..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...semoga berterusan hendaknya...

    ReplyDelete
  4. memang lawa lah rumah kak, ni terasa macam nak singgah satu hari nanti..Insya Allah

    jemput join Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila 2013 di sini :

    http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

    ReplyDelete
  5. Seperti nya di janjikan, ini entri post untuk blog saudari

    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/blogger-dari-besut-terengganu.html

    Jika ada kelapangan insyallah sy akan kemari lagi.. terima kasih..

    p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tqvm bg yg rakan-rakan blog dan pembaca yang sudi bertamu ke blog ini. Jemput juga singgah ke teratak kecil kami di Besut sementara kami masih di sini. Entah sampai bila hanya Allah yang tahu. Harap berpanjangan selagi ada rezeki menetap di sini...insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...