Berkasih biar satu. Berkawan biar seribu.
Setelah hampir setengah tahun saya tinggal di Batu Buruk dan berkhidmat di KYT, akhirnya buat pertama kali suami mendapat surat pertukaran. Daerah Kemaman menjadi destinasi. Bermulalah cinta jarak jauh antara kami. Saya ditinggalkan dengan seorang bibik dan 3 orang anak-anak yang sedang membesar.
Ketika suami jauh di sisi, rakan-rakanlah yang banyak menghulurkan tangan, menjadi mata dan telinga, membantu apa yang perlu. Saya mula belajar erti sebuah kehidupan. Berada bersama rakan-rakan yang memahami dan berpengalaman, soal berkaitan anak-anak banyak dirujuk kepada mereka. Persekolahan dan pengajaran anak-anak di rumah perlu diambil kira. Mereka perlukan masa depan yang cerah, bukan hanya terperap di rumah bersama pembantu rumah.
Kepada rakan-rakan saya bertanya sekolah tadika yang bersesuaian. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menempatkan Muhammad di Tadika Yayasan Islam. Seronok sekali anak kecil yang baru belajar bersosial. Naik van bersama kawan-kawan baru dan belajar di sekolah baru. Sekolah pertama buatnya. Sesekali saya membuat kejutan menjemputnya sendiri bila ada ruang dan kelapangan. Senyum sampai ke telinga si anak teruna. Sungguh gembira nampaknya dia. Ibu bekerja tiada halangan. Adik di rumah turut bahagia bersama bibik tersayang...
Sebuah catatan pengalaman... Hentian Mawaddah. Titian Maghfirah. Destinasi Mardathillah...
Saturday, 10 August 2013
Friday, 9 August 2013
Kenangan tidak dilupa
Terlalu banyak kenangan pahit manis, namun terselit kenangan yang mungkin tidak akan dilupa selagi hayat di kandung badan. Jasa teman-teman yang berbudi di saat memerlukan terpahat dalam memori kehidupan.
Teman-teman sebilik di unit Sains dan Matematik 1 banyak mempengaruhi hidup saya ke arah yang lebih baik. Banyak kelemahan dan kekurangan yang saya hadapi di peringkat awal penglibatan saya dalam bidang syarahan. Merekalah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan panduan untuk saya berubah dari masa ke semasa.
Perbezaan bidang akademik, usia dan status tidak pernah menjadi halangan. Saya cukup seronok menjadi ahli baru bilik S&M1. 3 unit dengan setiap 2 orang ahli menjadikan setiap bilik dihuni oleh 6 orang Pensyarah. Saya berada di tengah-tengah. Puan Fatimah Zainab, rakan satu seunit banyak memberi inspirasi serta kritikan membina ke arah menjadi pensyarah yang berdaya saing. Bukan sahaja Kak Ja, Pensyarah Perniagaan yang menjadi rakan kerja dan berkongsi idea, bahkan kiri dan kanan ada rakan-rakan lain. Di unit sebelah, Kak Bie dan Kak Za juga berbeza bidang pengajian. Ustazah Rubiah, Pensyarah Agama menjadi pakar rujuk saya hingga ke hari ini. Puan Aniza pula kini telah pun bergelar Penolong Pendaftar.
Bilik kami turut dimeriahkan dengan Puan Adida, juga Pensyarah Biologi dan Puan Ruhana, rakan sebaya merupakan Pensyarah Matematik. Alhamdulillah, rezeki saya berada bersama orang yang masak dalam bidang Biologi. Kak Adida bukan sahaja seorang kakak, bahkan selayaknya sifat keibuannya membuatkan saya telah dipertemukan dengan seorang Pakar Rujuk Biologi serba-serbi. Begitu mendalam ilmu dan pengalaman. Sungguh beruntung rasanya berada di situ. Di tambah pula, Ana seorang yang sangat memahami, alangkah indahnya hidup ini.
Hari berganti hari, musim berganti musim pertukaran jawatan menyebabkan ahli bilik bertukar ganti. Kali terakhir sebelum saya meninggalkan bilik S&M1 setelah hampir 8 tahun, hanya tinggal saya dan Kak Bie di situ. Wan, pensyarah Kimia menjadi teman baru Kak Bie. Puan Najdah, Fakulti Perniagaan menjadi rakan seunit dengan saya. Satu unit, satu kepala, hidup saya tidak kering gusi. Kak Fini dan Kak Sha masing-masing dari Fakulti Undang-undang mengisi unit sebelah.
Bilik kami tetap meriah. Bilik kami juga turut menjadi bilik sementara bagi Puan Aima yang telah berhijrah ke UMT. Mungkin kini sudah pun bergelar Doktor Aima setelah terbang ke luar negeri mendalami bidang Kimia. Puan Zilda juga orang kimia pernah berkongsi bilik dengan kami. Soli dan Lily masing-masing Pensyarah Statistik dan Biologi juga sebahagian dari keluarga kami. Saat indah masih terasa hingga ke hari ini. Hanya kerana batasan masa, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sesekali bersua, keindahan masih terasa. Silaturrahim kekal padu.

Ku bersyukur padaMu Ya Allah, dipertemukan dengan insan-insan baik yang membantu untuk kami menjadi lebih baik, InsyaAllah...
Thursday, 8 August 2013
Berkhidmat dan terus berkhidmat
Saya telah berhenti berkhidmat. Rakan-rakan saya masih di sana. Mereka tetap setia. Hanya saya yang berpindah-pindah dari satu tempat kerja ke tempat yang lain. UMT-KOSPINT-Sk Maras-KYT. UiTM Kuala Terengganu menjadi destinasi terakhir saya. Rakan saya tetap di situ. Cuma ada seorang dua yang turut bertukar tempat mengikut adat, ditukar dan bertukar. Tidak kurang juga ada yang telah pulang ke pangkuan Illahi. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Perkhabaran yang sedikit menyentuh perasaan. Rakan yang ditinggalkan telah meninggal. Namun, itulah aturan alam sehingga kita menerima giliran masing-masing.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berkhidmat. Tempat yang paling lama bagi saya meraih rezeki dunia ialah di bumi Chendering. Dari era KYT selama 5 tahun dan diteruskan pula dengan UiTM, hampir 3 tahun. Paling ramai rakan yang dikenali. Bukan sahaja di Chendering sendiri, bahkan UiTM Dungun, UiTM Jengka dan UiTM Shah Alam. Tempat kami selalu berulang alik. Menghadiri kursus dan pembentangan, taklimat dan sebagainya.
Program Diploma Sains pula menuntut kami berkunjung selalu ke UiTM Jengka untuk berkongsi segala hal berkaitan pengajaran. Sesekali ke Shah Alam, memenuhi jemputan dan kehendak universiti. Bermula Januari 2008, setelah KYT bertukar taraf menjadi UiTM sepenuhnya, semakin kerap pula kami ke UiTM Dungun. Bos baru juga khas didatangkan dari UiTM Dungun. Bukan itu sahaja, warga kerja UiTM Dungun sendiri selalu berkunjung ke mari atas urusan kerja. Ikatan semakin erat. Tidak kurang juga yang mengambil peluang dan diberi peluang bertukar angin antara Dungun dan Kuala Terengganu mengikut kekosongan dan keperluan jawatan. Ada juga yang terus bertukar angin jauh ke Pantai Barat. Shah Alam menjadi lokasi rumah dan pejabat baru.
Kelahiran baru UiTM Kuala Terengganu memberi 1000 rahmat buat warga KYT. Peluang meningkatkan kerjaya terbentang luas. Kehadiran golongan pensyarah bertaraf Doktor menyuntik semangat baru. Semakin ramai yang melanjutkan pengajian samada atas kehendak peribadi dan kehendak universiti. Perlumbaan menuntut ilmu amat menyeronokkan. Masing-masing sibuk bertanya dan bercerita tentang program Ijazah Sarjana masing-masing. Ada yang terus memacu ke peringkat Ph.D. Bagi yang sudah memiliki 'Master' juga tidak duduk diam menyiapkan kertas kerja, penyelidikan dan pembentangan.
Kursus-kursus wajib dan pilihan semakin kerap. Prasana semakin meningkat. Peralatan lama berganti baru. Yang kurang ditambah. Yang sediaada diperelokkan. Ibarat hujan emas mencurah-curah. Rahmat dan rezeki bagi insan terpilih di bumi Chendering. Rezeki penduduk sekitar juga. Bumi Chendering lebih dikenali. Kalau dulu, sebut sahaja UiTM, pasti Dungun yang tergambar di fikiran. Kini tidak lagi. UiTM Dungun dan Kuala Terengganu sama-sama bergandingan meningkatkan kualiti, seiring kehendak negara dan universiti sendiri.
Rahmat berganda bagi penduduk Chendering bila Istana baru siap dibina dilereng bukit, berjiran dengan kediaman putera dan puteri UiTM. Kompleks perumahan mewah berhampiran meningkatkan imej setempat. KYT danUiTM sama berbudi, di bumi Chendering megah berdiri. Tenggelamnya KYT dan bangkitnya UiTM meneruskan visi mengimarahkan bumi dengan suluhan ilmu yang tidak pernah bertepi. Selamat meneruskan khidmat wahai sahabatku walau di mana bumi dipijak. Semoga rezeki diraih, pahala ditagih, syurga menanti...Aamiin.

Wednesday, 7 August 2013
Rakan berbudi
Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis kenalah tanya diri sendiri. Saya mengenali ramai rakan berbudi. Bermula di UPMT, saya terhutang budi kepada Dr. Sue sebagai rakan yang sama-sama ingin berkecimpung di alam universiti. Menjadi pensyarah menjadi visi. Kemudian, beralih ke KOSPINT, Cikgu Marhaini sentiasa menabur budi. Menjadi peneman sejati pagi dan tengahari, kereta miliknya sama-sama dinaiki. Ketika di SK Maras, tidak kurang yang memberi. Ilmu dan bahan mengajar tidak lokek dikongsi. Cikgu Patimah, HEM ketika itu juga banyak memberi motivasi.
Akhir sekali khidmat saya di UiTM merangkap bekas KYT. Begitu ramai rakan di kesemua tempat saya bertugas sungguh murni berbudi. Tidak tersebut kesemua namanya di sini. Rakan KYT dan rakan UiTM tidak banyak berbeza. Kebanyakkanmereka orang yang sama. Namun, sesuai dengan namanya universiti, semakin ramai yang datang mengikut keperluan universiti.
Ada kisah mengembirakan hati. Anak murid menjadi rakan sekerja. Dulu saya cikgu Kimia, kini bekas anak murid telah pun menjadi lulusan universiti. Pensyarah Kimia, rakan kerja seuniversiti. Semoga Wan akan terus menabur budi. Sesuai dengan ijazah yang lebih tinggi, Wan mendahului cikgu sendiri. Moga pahala tidak terhenti, anak murid pula menyambung bakti.

Tuesday, 6 August 2013
KYT kenangan terindah
Kenangan
di KYT yang terindah buat saya. Bermula dengan kelahiran Al-Amin
sebagai anak KYT, hidup saya berubah fasa demi fasa. Semasa dalam
pantang melahirkan Amin, tempahan kereta baru saya telah diluluskan. Ketika bayi comel baru berusia 1 minggu, Pegawai Bank datang ke rumah. Bukan datang
berziarah, tetapi datang membawa misi.
Misi bervisi untuk mencari penyumbang baru dalam urusniaga bank. Saya menandatangani segala dokumen berkaitan pinjaman sewa beli kereta di ruang tamu rumah ayah ibu. Di dalam hati sedikit terdetik, baik sungguh mereka yang berkhidmat di bank itu. Sungguh berjiwa rakyat. Sesuai sungguh dengan nama bank diberi.
Kancil
putih TAF1115 menjadi milik saya untuk berulang alik dari Batu Buruk ke
Chendering setiap hari.
Tidak perlu lagi bersusah mengganggu suami yang ingin ke pejabat di Kompleks Sri Iman. Arah kami berbeza, tujuan kami sama. Mencari rezeki untuk dikongsi bersama.
KYT banyak membawa perubahan dalam hidup saya. Dari seorang cikgu saya bergelar Puan. Hanya Puan. Tiada Doktor. Walaupun, itulah angan-angan ketika di universiti dahulu. Berniat menjadi Pakar Kanak-kanak yang tidak menjadi, saya berubah azam untuk memiliki PhD. Seronoknya jika di panggil Dr. Nolizawati. Niat yang tersasar. Itu hanya khayalan di alam lalu. Namun, semasa di KYT saya menyimpan hasrat itu semula. Menggapai impian di kalbu.
Kehadiran bos baru bergelar Doktor menyemarakkan semangat. Doktor falsafah menjadi igauan. Menjadi penulis buku, hasrat di simpan. Tingginya impian. Akhirnya, saya jatuh terjelepuk di bawah bangunan. Tenggelam bersama KYT yang terbenam.
Misi bervisi untuk mencari penyumbang baru dalam urusniaga bank. Saya menandatangani segala dokumen berkaitan pinjaman sewa beli kereta di ruang tamu rumah ayah ibu. Di dalam hati sedikit terdetik, baik sungguh mereka yang berkhidmat di bank itu. Sungguh berjiwa rakyat. Sesuai sungguh dengan nama bank diberi.
Kancil
putih TAF1115 menjadi milik saya untuk berulang alik dari Batu Buruk ke
Chendering setiap hari. Tidak perlu lagi bersusah mengganggu suami yang ingin ke pejabat di Kompleks Sri Iman. Arah kami berbeza, tujuan kami sama. Mencari rezeki untuk dikongsi bersama.
KYT banyak membawa perubahan dalam hidup saya. Dari seorang cikgu saya bergelar Puan. Hanya Puan. Tiada Doktor. Walaupun, itulah angan-angan ketika di universiti dahulu. Berniat menjadi Pakar Kanak-kanak yang tidak menjadi, saya berubah azam untuk memiliki PhD. Seronoknya jika di panggil Dr. Nolizawati. Niat yang tersasar. Itu hanya khayalan di alam lalu. Namun, semasa di KYT saya menyimpan hasrat itu semula. Menggapai impian di kalbu.
Kehadiran bos baru bergelar Doktor menyemarakkan semangat. Doktor falsafah menjadi igauan. Menjadi penulis buku, hasrat di simpan. Tingginya impian. Akhirnya, saya jatuh terjelepuk di bawah bangunan. Tenggelam bersama KYT yang terbenam.
Monday, 5 August 2013
Seronoknya di KYT
Seronok. Semua tempat yang pernah saya bekerja amat menyeronokkan. Kini, semuanya telah berubah nama. Namun KYT terus hilang, tinggal lagi hanya dalam memori. Tetap di hati.
UPMT berubah menjadi UMT. KOSPINT bertukar menjadi IMTIAZ K.Terengganu. Hanya SK Maras masih bertahan dengan namanya. Maktab Perguruan Kuala Terengganu juga turut mengikut aliran zaman menjadi IPGM Kampus Dato' Razali Ismail. Hanya KYT kekal KYT. Tapi sayang, bukan lagi berpijak di bumi. Di hati.
KYT bertukar taraf menjadi universiti. Dari kolej swasta yang menjalankan program UiTM sepenuhnya menjadi UiTM Kuala Terengganu. Walaupun berbeza nama, orangnya masih tetap sama. Cuma, berlaku sedikit kehilangan dan pertambahan. Saya juga telah hilang. Hilang dari KYT. Hilang dari UiTM.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, saya masih diberi ruang untuk masih berada di atas muka bumi ini. Bilakah saya akan hilang dari alam sementara ini, hanya Allah Yang Mengetahui. Pastinya ia tetap akan berlaku. Kebarangkaliannya adalah 1. Semua orang juga akan turut melaluinya. Hanya siapa mendahului, siapa pula menyusul selepas itu. Perpindahan yang kekal. Kita akan berkampung bersama di alam baru. Semoga tempatnya indah dan menyeronokkan. Sama-sama kita berdoa, usah lalai.

" Wahai
Tuhan kami, anugerahkan kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di
akhirat serta lindungi kami daripada azab api neraka."
(al-Baqarah-201)
Sunday, 4 August 2013
Kontrak oh kontrak
Jawatan ke-4 hadir jua. Setelah 3 jawatan sebelum ini hanya bertaraf kontrak, begitulah halnya buat kali ini. Apa pun, rezeki tetap melimpah ruah. Jawatan baru sebagai Pensyarah Biologi memberi seribu makna. Sangat bermakna dalam hidup saya. Akhirnya saya dapat berkongsi ilmu yang didalami ketika di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Setelah mengajar berbagai subjek yang bermacam, di sekolah menengah dan juga sekolah rendah. Akhirnya, kini beralih angin dan arah tuju ke Kolej Swasta pula. Dapat pula mengajar subjek Biologi bagi program pra-diploma dan diploma Sains.
Sekali lagi, keseronokkan berganda kerana dapat mendidik penuntut kolej dengan subjek yang kita kuasai. Diploma Sains semester akhir menuntut saya mengajar sebahagian topik berkaitan genetik. Subjek pengkhususan saya pada Tahun Akhir ketika di universiti. Girang sungguh rasa di hati. Lupa seketika, status saya hanyalah Pensyarah Kontrak. Biarlah...Apa ada pada status, yang penting, pena sudah ditangan. Anak-anak didik sudah di hadapan. Mereka menaruh harapan. Harapan setinggi gunung. Untuk belajar, berjaya dan bekerja. Pastinya itu impian murni mereka. Kolej telah memberi kepercayaan. Saya mesti lakukan.
Kehidupan saya sehari-hari tertumpu dengan kerja-kerja syarahan. Menyediakan nota-nota tidak kira di pejabat atau di rumah. Berjaga hingga ke dinihari, hanyut dengan alam sendiri. Banyak kerja menanti. Kandungan semakin sarat. Kerja-kerja tidak boleh bertangguh. Mesti diselesaikan sebelum tiba hari. Hari yang dinanti-nanti, kelahiran anak KYT. 3 anak 3 lokasi. Semuanya cuti bersalin tidak bergaji. Lantaran kontrak tak henti-henti. Namun, ku bersyukur padaMu Illahi, yang sentiasa memberi rezeki, tidak pernah berhenti.

Subscribe to:
Posts (Atom)